Thursday, September 8, 2011

Pelukis Mohd Shaimy Hashim (SENIKA PAHANG)

Biodata Artis




Beliau Yang Bernama Mohd Shaimy Bin Hashim Yang Beralamat No.4,Lorong 61 Taman Indera Sempurna, 25150 Kuantan @ E-1321-Tkt 1,Bangunan Warisan, Jalan Bukit Ubi, 25200, Kuantan. Beliau juga berasal dari Pahang dan Dilahirkan di Kampung Pancur,Pekan, pada 15 April  1953. Selain itu, beliau juga telah berkahwin di Kelantan Pada Tahun 1979 iaitu isterinya yang bernama Maznah dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Ilham Fadli, Ilham Fuad dan Ilham Khadijah. Semasa pengajian  Persekolahan, beliau mengambil pendidikan awal di pekan, Menengah di Sungai Lembing,Kuantan , SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (SMART) Dan selepas itu, beliau kemudiannya belajar di Maktab Adabi,Kuantan dan Kota Baharu dan seterusnya telah melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

Selain itu juga, semasa penglibatan dalam dunia seni, beliau telah menganggotai PESENI (Persatuan Seni Lukis) di Kelantan dan beliau juga menubuhkan SENIKA (Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka) di Pahang dan beliau juga telah menubuhkan GAP’s pada tahun 2007 yang menggabungkan Persatuan Pelukis Tanah Air.

Anugerah Yang Telah Beliau Perolehi ;- Tempat Kedua Peringkat Sekolah,Sungai Lembing (1968), Tempat Kedua Pertandingan Lukisan Pahang,Peringkat Menengah (1970), Tempat Kedua Pertandingan Lukisan Adabi, Kota Baharu (1974), Tempat Ketiga Pertandingan Sejarah (1991).

Antara Galeri Yang Telah Diwujudkan Oleh Beliau ialah ;- Rumy Art Studio,Kuantan (1976), Mutiara Musafir Studio,Pasir Mas (1981), MSH Studio,Pasir Mas (1981), Ilham Enterprise,Kuantan (1986), Balai Seni Lukis Ilham Budiman,Kuantan (1993), SENIKA Galeri (2000), Galeri Pantai Timur,Kuantan (2007).


Antara pameran yang disertai oleh beliau ialah :-

1984 : pameran SENIKA, DPMB di Muzium Pekan
1986 : pameran SENIKA, DPMB di Hyatt Hotel dan Karyaneka Kuantan
1986 : pameran di bangunan APS
         : pameran sempena Pata di balai seni lukis negara
1988 : pertandingan seni lukis sejarah Pahang 1
1991 : pameran lukisan Kontemporari MPK
1992 : pameran lukisan pesta Balok MPK Kuantan
1993 : pameran lukisan di muzium Terengganu
1995 : pertemuan dan pameran pelukis-pelukis pantai timur
1996 : pameran 10 tahun SENIKA
1998 : pameran dan pertandingan tokoh-tokoh pahang
          : pameran lukisan pekan seni ipoh, Perak
1999 : pameran lukisan bumi dan langit di balai seni lukis negara
2000 : pameran lukisan rakam rasa inderapura di Kuantan
          : pameran lukisan sempena pertemuan pelukis-pelukis di pantai timur
2007 : pameran anak Pahang di balai lukis seni negara (BLSN) Kuala Lumpur
2009 : pameran tampannya budi, di balai seni lukis negara, Kuala Lumpur
2010 : pameran Endau-Rompin di Johor Bharu
         : Art Colony Kicevo, Macedonia
         : pameran tampan budi di balai seni lukis negara dan universiti kebangsaan Malaysia
           (UKM)

No comments:

Post a Comment