Thursday, September 8, 2011

Pelukis Mohd Shaimy Hashim (SENIKA PAHANG)

Biodata Artis




Beliau Yang Bernama Mohd Shaimy Bin Hashim Yang Beralamat No.4,Lorong 61 Taman Indera Sempurna, 25150 Kuantan @ E-1321-Tkt 1,Bangunan Warisan, Jalan Bukit Ubi, 25200, Kuantan. Beliau juga berasal dari Pahang dan Dilahirkan di Kampung Pancur,Pekan, pada 15 April  1953. Selain itu, beliau juga telah berkahwin di Kelantan Pada Tahun 1979 iaitu isterinya yang bernama Maznah dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Ilham Fadli, Ilham Fuad dan Ilham Khadijah. Semasa pengajian  Persekolahan, beliau mengambil pendidikan awal di pekan, Menengah di Sungai Lembing,Kuantan , SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan (SMART) Dan selepas itu, beliau kemudiannya belajar di Maktab Adabi,Kuantan dan Kota Baharu dan seterusnya telah melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

Selain itu juga, semasa penglibatan dalam dunia seni, beliau telah menganggotai PESENI (Persatuan Seni Lukis) di Kelantan dan beliau juga menubuhkan SENIKA (Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka) di Pahang dan beliau juga telah menubuhkan GAP’s pada tahun 2007 yang menggabungkan Persatuan Pelukis Tanah Air.

Anugerah Yang Telah Beliau Perolehi ;- Tempat Kedua Peringkat Sekolah,Sungai Lembing (1968), Tempat Kedua Pertandingan Lukisan Pahang,Peringkat Menengah (1970), Tempat Kedua Pertandingan Lukisan Adabi, Kota Baharu (1974), Tempat Ketiga Pertandingan Sejarah (1991).

Antara Galeri Yang Telah Diwujudkan Oleh Beliau ialah ;- Rumy Art Studio,Kuantan (1976), Mutiara Musafir Studio,Pasir Mas (1981), MSH Studio,Pasir Mas (1981), Ilham Enterprise,Kuantan (1986), Balai Seni Lukis Ilham Budiman,Kuantan (1993), SENIKA Galeri (2000), Galeri Pantai Timur,Kuantan (2007).


Antara pameran yang disertai oleh beliau ialah :-

1984 : pameran SENIKA, DPMB di Muzium Pekan
1986 : pameran SENIKA, DPMB di Hyatt Hotel dan Karyaneka Kuantan
1986 : pameran di bangunan APS
         : pameran sempena Pata di balai seni lukis negara
1988 : pertandingan seni lukis sejarah Pahang 1
1991 : pameran lukisan Kontemporari MPK
1992 : pameran lukisan pesta Balok MPK Kuantan
1993 : pameran lukisan di muzium Terengganu
1995 : pertemuan dan pameran pelukis-pelukis pantai timur
1996 : pameran 10 tahun SENIKA
1998 : pameran dan pertandingan tokoh-tokoh pahang
          : pameran lukisan pekan seni ipoh, Perak
1999 : pameran lukisan bumi dan langit di balai seni lukis negara
2000 : pameran lukisan rakam rasa inderapura di Kuantan
          : pameran lukisan sempena pertemuan pelukis-pelukis di pantai timur
2007 : pameran anak Pahang di balai lukis seni negara (BLSN) Kuala Lumpur
2009 : pameran tampannya budi, di balai seni lukis negara, Kuala Lumpur
2010 : pameran Endau-Rompin di Johor Bharu
         : Art Colony Kicevo, Macedonia
         : pameran tampan budi di balai seni lukis negara dan universiti kebangsaan Malaysia
           (UKM)

Monday, September 5, 2011

Perhentian Rosak Tersadai Di Jalan Lanchang..!!!

Salam Semua..!! Ape-ape pun teman nak citer ape yg berlaku sebenarnya dlm kes di jalan lanchang ni..

Bukan apelah.. Kejadian ini tanpa di sengajakan mahupun dirancangkan...huhu Mana tidak yer... Elok-elok aku syok bermimpi didalam bus semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan... Tiba-tiba jer bus berhenti secara perlahan-lahan di jalan lanchang.. Perghhh..!!! Terkejut dan berdebar-debar dibuatnya..yerla takut perkara yg tidak diingini akan berlaku kan... Bila jer bus dah berhenti.. Aku pun tgk keliling sudut diluar cermin... Semuanya dalam keadaan selamat (Pelik).. Otak aku pulak sedang berfikir..? Ini mesti Kes Hamba yang tak tertahan Kucil ni, xpun mungkin budak2 kecil Yg terasa nak Mual ni, xpun mungkin ader ibu yang nak terberanak ker.. Yerla biasanya kebanyakkan kes perumpamaan ngitula kan...huhu Hurmm.. Ngope2nye.. ada permasalahan enjin tak berfungsi.. Bila tnya jer driver bus tu..? Ader Sedikit kEbocoran minyak apeke bende tah.. Aku Pun xpasti daa..huhu..
 
Ape-ape pun, kejadian ini firtstime berlaku pada aku yang sepanjang hidupku selama ini yang asyik menggunakan pengangkutan awam jer...huhu.. Tetapi syukur Alhamdullilah laa..Semua penumpangnya selamat... Apa-apa pun yang pastinya (Hampir Sejam jugaklah aku tunggu giliran naiki bus yang lain yer... huhu)

Oklah..!! Sebagai peringatan untuk korang semua sebagai pemandu haruslah sentiasa checking tahap keselamatan kederaan anda.. Bukan susah sangat pun..!! Just checking apa yang patut andthen lepas tu.. berserah jer pada tuhan setiap perjalanan kita.. Settle problem..!! Jiwa Senang.. Penumpang pun Selamat.. So..!! Berhati-hatilah di Jalan Raya seLEPas ni k... Beringat2lah dahulu sebelum kena k..!! Dan sentiasa sediakan Payung sebelum Hujan k..!!! Oklah.. itu jer yang aku ingin kongsikan.. ChowChienChiett!! Wssalm..!!

Thursday, September 1, 2011

Ragam Ria Di Hostel...!!! huhu


Video ini adalah hak milik Ikip.. huhu Comel adikku Fazli Shah..huhu

Hari Raya Yg Penuh Kegembiraan Dan Kesedihan..!!

Salam Semua Pembaca Blogku.. Sorry to saylah sbb lme x Write something kt blogku ini..hehe..
      

Apa-apa pun berbalik pada citerku yang sebenarnya... Kegembiraan dan Kesedihan Di hari Raya Ini ingin ku kongsikan Pada Korg semua...

                                          
Aku sebenarnya sudah menanamkan azam selepas raya tahun lepas yang aku akan berniat untuk beraya di Kuala Lumpur Bersama dengan Family... Sebabnya aku dah banyak kali beraya kat Kampung, Sekali-sekala nak jugak kan merasa beraya kat Kuala Lumpur dan nak tau jugak suasana kat Kuala Lumpur ni macam mana kan.. betul tak...? Selepas itu akhirnya azam aku dah tercapai dan niat aku termakbul kerana Aku dapat beraya kat Kuala Lumpur Bersama dengan kegembiraan didalam hati yang penuh bermakna..huhu
Tetapi kegembiraan aku bertukar kepada KEsedihAN kerana hajat family aku pulak nak beraya kat kampung.. apakan daya nak paksa pun xleh jugak kan.. diorang berhak membuat keputusan diorang, aku dengan keputusan aku..huhu.. Alhamdullilah..!!
                                            

Akhirnya aku sempat memohon Maaf dan Ampun dipagi hari Raya Sebelum family aku berangkat ke Kampung Selepas Solat Hari Raya... Akhir kata, jikalau ingin menanamkan niat teruskan niat anda... jangan sesekali berpaling padanya... Dan jangan lupa Bersyukur apa yang ada dan terima dengan keredhaannya... Dan yang paling penting sentiasa menghormati kedua ibu bapa kita dan sentiasa mendoakan dan memohon keampunan kesejahteraan hidup mereka..!!! Nescaya hidup anda mendapat berkat darinya dan illahi... Amin..!!

Tuesday, January 11, 2011

Tibalah Detik2 Ceria bagiku hari ni...!!!

Hai kawan-kawanku.. Assalamualaikum.... lama sudah tidak ketemu... Hurrmm... Sorryla guys..!!! Minggu ni saya busy cikit.. sebab byk nk kena prepare utk sem 2 ni..? biasalah dah jadi rutin harian bila dh di gelar Mahasiswa Pelajar.. Kenalah mematuhi prosedur dan undang2 hal ehwal pelajar.... Betul tak..?

         Hurmm... disini saya cuma ingin kongsikan pada anda semua, yang hari ini adalah hari yg paling brmakna buat diri saya.. Nak tau kenapa...? mmmm.... Sebab Hari ini.. Hari UlangTahun Kelahiran saya iaitu 12 Januari ( 21thun ).... Eeiii...!!! Seronoknya..huhu. Ape-apa pun Sedar x sedar... dah makin tua..huhu..  First sekali... Saya betul2 ucapkan terima kasih kepada org yg tersayang (secret) dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yg mngenali saya sejak dari old school sehinggalah sekarang.. Saya kat sini terharu sgt-sgt.. Cehh...! poyo la pulak kan..huhu Apa-apa pun Thanks Guys..!! I'm Realy2 Remember You Always forever..!!!
        Kepada rakan-rakan yg masih menunggu ketibaan Tarikh Kebesarannya... Disitula tempat yg paling bahagia yg akan anda rasai nnti. Nikmatilah sepenuh jiwa Raga anda. Lagi-lagi bila lelaki dpt Wishhh dari perempuan, rasa Cair siOOttt...!!! huhu.. Gurau jer.. Apa yg penting sekarang anda jgnlah sesekali melupakan Ibu-Bapa serta pengorbanan beliau selama ini,sentiasalah mengigati mereka.... tanpa mereka dan rakan-rakan kita xkan brdiri seperti mana kita berdiri sekarang... dan brdoalah sentiasa untuk mereka k... Amin..!!!
        Baiklah kawan-kawanku... dah tiba masanya untuk saya mengundur diri... atas alasan untuk mengelak diri kita daripada adat tradisi Baling Tepung & Telur...huhu Gahh Cuakk jugaklah sekarang ni kot..!!! Seperti biasa, andai trsalah bahasa harap dimaaf dan diampun..!!! Jika ada yg terasa pandai-pandailah hidup k...huhu bye... wssalam...

Sunday, January 9, 2011

Hari yAng SunGGuh SaKit..!!

Assalamuallaikum semua..!!!! Sapa ketemu lagi.... Sorryla sebab x membikin rencana semalam..!!!!
       Mcm ni kisahnye... Semalam saya 1 hari xkuar bilik dan 1 hari jugak saya x p mne2.. Kecuali duduk terperap jer kt bilik. Memandangkan cuaca yg kurang mngizinkan. Kat Kuantan ni, dari pagi hngga ke petang 1 batang hidung pun xnmpak MaTaHarInye.. Asyik hujan jer sepanjang 2,3,4 hari ni... naik lemah seluruh badan saya ni.. Mane x yer semua kehidupan dimuka bumi ni perlukan matahari utk hidup dan mmberi tenaga kepada seluruh ciptaan yer... Ngerti  kamu..!! Xkisah apa2 pun, kita seharusnya bersyukur dan redha apa yang berlaku trhdap kita mahupun makhluk2 yang lain.. Dan sentiasa ucapkan "Alhmadulillah & Thank You to Allah.."

         Hurmmm... Diatas sana cuma sekadar Nasihat dan Amalan sahaja, Oklah mengikut topik kita hari ni.. Saya yang sebenar yer..... hurmmmm.... tkutla nk bgitau..!!? Saya yang sebenarnye.... di timpa jatuh sakit sejak dari semalam lagi, dan juga saya diberitahu oleh kawan2 yang saya kena Virus H1N1.... Apela mmber2 saya ni.. MenGaruT jer..!!! xdela saya cuma jatuh sakit "Demam Selsema jer.." Biasalah org kata.. yg muda sihat selalu akn jatuh sakit bila mncapai hari usia LAHIR or TUA nnti...Betul x kawan2ku..?huhu..
         Esyhhh...!!! Memang btul ape 12 Januari ni... hari lahir saya ape..? huhu.. Xdela mcm xpercayer jer   pejam cilik-pejam cilik dah capai Usia 21 tahun. Itulah lumrah manusia di atas muka bumi ni.. Yang hidup pasti akan mati suatu hari nnti.. Tapi xpela.. yang pergi tetap pergi,Yang masih hidup ni.. msti kena truskan kehidupan k.. Bagi masyarakat diluar sana, jgnlah mengabaikan diri anda,hanya semata-mata mngejar harta dunia, smpai trlupa dimana letaknye diri kita ni yg sebenar2nye.. Hurmm... nmpaknye saya dah jdi pkar motivasi pulak ni... Sorry k...!!!
         Walaubagaimanapun, Anda seharuslah dan selalu menitikberatkan kesihatan dan jgnlah jadi seperti saya yg insan lemah lonlaii ni... Asyik duduk trperap kt bilik jer... exercise tah kemana sistem makanan pun tah kemana... Tetapi apa2pun mybe silap saya sendiri kot... insyallah..!!! saya akn cuba mmperbaiki kesilapan diri saya ini...Amin..
         Oklah kawan2ku... Setakat disini sahaja rencana saya "Hari yANG SungGuh Sakit" kepala pun dah naik pening,selsema pulak xbaik2 lagi ni,Badan pun dah mula lemah balik ni ahh... Jika trkasar bahasa.. harap diampun..!! jika ada yg terasa pandai2lah hidup yer...huhu..
             Selamat Beramah,Renung2kanlah...huhuhahahehe... Sekian,Wssalam.
 

Friday, January 7, 2011

My Low Profile

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... Mohon Maaf... Saya sebenarnya masih baru didalam dunia blogger ini..!!!
    
    Disini saya akan menceritakan serba sedikit perihal kehidupan saya, Saya berasal dari Pahang dan brhijrah menetap di Kuala Lumpur,Gombak,Setapak,Taman Melati. Saya sebenarnya seorang yg pendiam,lurus,jujur,brtanggungjawab serta mempunyai azam yang tinggi. Disini saya senang diajak brbincang masalah,brkongsi pandapat,brsosialisme dan suka kenakan org atau dari istilahnya 'menGanJing'..hehe jgn marah yer..!!! Kehidupan yang sederhana tidak mematahkan semangat dan usaha saya utk meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi. Sekarang saya berada di semester 2 bidang yg saya cuba ceburi sekarang ialah Diploma Graphic Design brtempat di "IKIP COLLEGE KUANTAN 5".. Kalau semua org nk tahu saya minat photographer dan membikin video or slideshow pendek...
Ape org kata...!! budak2 masih baru nk belajar katakan  ataupun dari segi peribahasanya "Lentur Buluh Biar Sampai Dari Rebungnya". Hmmm... cukuplah setakat disini sahaja, kalau nk ikutkan byk yg saya ingin cuba ceritakan dlm blog ni.. tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan..Insyallah kita akn continue lgi k.. Sekian.Wssalam